• Main
  • News

Terima Kasih, Pantai Kundor!

Terima Kasih, Pantai Kundor!

TERIMA KASIH, PANTAI KUNDOR!

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan jutaan terima kasih Kak Ina ucapkan kepada seluruh warga DUN N12 Pantai Kundor atas kepercayaan, sokongan dan doa yang diberikan.

Kemenangan ini bukan sekadar kemenangan Kak Ina, tetapi kemenangan kita bersama. Satu amanah besar yang akan Kak Ina pikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan rendah hati.

Kak Ina sedar masih ada kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Insya-Allah, setiap teguran akan dijadikan pedoman, setiap kelemahan akan diperbaiki dan setiap janji akan menjadi tanggungjawab untuk ditunaikan.

Terima kasih kerana terus percaya. Kak Ina tidak akan melupakan sokongan dan kasih sayang warga Pantai Kundor.

Pantai Kundor Kita Punya

Ikhlas daripada,
KAK INA (TUMINAH KADI)

Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin