05 November 2026 | Khamis
???? Jumpa Kak Ina, mesti ada senyum, mesti ada cerita!
Petang ini diteruskan lagi Program Ziarah Kasih sekitar DUN Pantai Kundor iaitu di Kampung Solok Biak dan Pengkalan Lanjut. Seperti biasa, Kak Ina mengambil peluang untuk menyapa seramai mungkin penduduk, bersalaman, bertanya khabar dan bersembang mesra.
Kak Ina memang suka suasana begini. Boleh bertegur sapa, bergurau senda, mendengar cerita dan sesekali berhenti untuk bergambar. Tak kira tua atau muda, semua disapa dengan penuh kemesraan. Tiada jurang, tiada kekok — semuanya seperti bertemu keluarga dan sahabat lama. ????
Bagi Kak Ina, kemesraan bukan sekadar senyuman di bibir, tetapi keikhlasan untuk mendekati, mendengar dan menghargai setiap insan.
Senyum Kak Ina, mesra dengan semua. Sebab Pantai Kundor bukan sekadar tempat berbakti, tetapi keluarga yang dekat di hati. ????
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
#KakIna #TuminahKadi #PantaiKundorKitaPunya #N12PantaiKundor #BarisanNasional
#BNSayangRakyat
#CalonNo2