Alhamdulillah, saya berbesar hati menerima kunjungan daripada insan yang banyak memberikan sokongan, dorongan dan semangat perjuangan sehingga saya berada di tahap ini, iaitu Datuk Wira Abu Bakar Md Diah bersama isteri tercinta, Datin Wira Wan Faridah.
Jasa, sokongan dan kata-kata semangat daripada beliau berdua amat saya hargai dan akan sentiasa menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang serta berkhidmat kepada masyarakat.
Terima kasih atas kunjungan, doa dan sokongan yang tidak pernah putus. Semoga ukhuwah dan silaturahim ini terus berkekalan.
Kita Geng Biru! ????
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
#BarisanNasional #PantaiKundor #MelakaSayangRakyat
#BNSayangRakyat