• Main
  • News

29 Oktober 2026 | Khamis

29 Oktober 2026 | Khamis

29 Oktober 2026 | Khamis

ALHAMDULILLAH, WATIKAH CALON BARISAN NASIONAL N.12 PANTAI KUNDOR ????

Alhamdulillah, hari ini secara rasminya saya menerima watikah sebagai calon Barisan Nasional bagi N.12 DUN Pantai Kundor yang disampaikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam Majlis Semakan dan Pengisian Borang Calon-Calon Barisan Nasional Negeri Melaka.

Amanah ini hadir bersama harapan, tanggungjawab dan tekad yang lebih besar untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Dengan semangat baharu, saya beriltizam untuk mendekati rakyat, mendengar suara mereka dan berusaha membawa aspirasi warga Pantai Kundor ke arah masa depan yang lebih baik.

Insya-Allah, amanah ini akan saya galas dengan penuh keikhlasan, kesungguhan dan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat Pantai Kundor serta kemakmuran Negeri Melaka amnya.

Saya mohon doa dan sokongan semua. Semoga kita terus melangkah bersama dalam semangat kebersamaan dan tanggungjawab demi masyarakat Pantai Kundor.

Demi Pantai Kundor. Kita Geng Biru! ????????????

Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin

#PantaiKundorDihati
#KitaGengBiru
#BnSayangRakyat
#MelakaSayangRakyat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia
#ManaLagiMelakaLer