• Main
  • News

29 Oktober 2026 | Khamis Jam 9.45 Pagi

29 Oktober 2026 | Khamis Jam 9.45 Pagi

29 Oktober 2026 | Khamis jam 9.45 pagi

???? ZIARAH KASIH BERSAMA WANITA DUN PANTAI KUNDOR ????

Alhamdulillah, meneruskan usaha menyantuni masyarakat melalui program Ziarah Kasih bersama Wanita DUN Pantai Kundor.

Program ini menjadi wadah untuk mendekati masyarakat, bertanya khabar, mendengar keluh kesah serta menyampaikan sokongan dan keprihatinan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi saya, setiap kunjungan membawa makna yang besar. Kehadiran kita bukan sekadar bertanya khabar, tetapi juga untuk berkongsi rasa, menyemai kasih sayang dan mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat.

Terima kasih kepada seluruh Wanita DUN Pantai Kundor yang sentiasa komited, berganding bahu dan bersama-sama menjayakan usaha murni ini.

Kita santuni dengan hati, kita berbakti dengan ikhlas. ????

Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin

#PantaiKundorDihati
#ZiarahKasih
#WanitaDUNPantaiKundor
#KebajikanRakyatKeutamaanKami
#KitaGengBiru