• Main
  • News

26 Oktober 2026 | Isnin Jam 8.30 Malam

26 Oktober 2026 | Isnin Jam 8.30 Malam

26 Oktober 2026 | Isnin jam 8.30 malam

MAJLIS MAKAN MALAM VETERAN ATM PARLIMEN TANGGA BATU

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan hadir ke Majlis Makan Malam Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Parlimen Tangga Batu yang menghimpunkan para veteran serta kepimpinan setempat dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah.

Turut hadir Datuk Rais Yasin, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu; Brigedier Jeneral (Bersara) Khairul Anuar bin Haji Yaacob, Penaung Persatuan Veteran ATM Sungai Udang; Encik Mustajab bin Haron, Ketua Persatuan Veteran ATM Sungai Udang; serta Mejar (Bersara) Khairudin bin Yang, Yang Dipertua Kelab Veteran Komando.

Terima kasih juga kepada para pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), pengerusi taman serta seluruh warga veteran yang hadir memeriahkan majlis pada malam ini.

Jasa dan pengorbanan para veteran ATM dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara amat besar nilainya. Walaupun telah menamatkan perkhidmatan, sumbangan serta semangat patriotisme mereka tetap menjadi inspirasi kepada generasi hari ini.

Veteran dihargai, jasa dikenang, kebajikan terus diberi perhatian. Semoga hubungan silaturahim yang terjalin terus erat dan segala urusan warga veteran sentiasa dipermudahkan.

Insya-Allah, kebajikan dan kesejahteraan warga veteran akan terus menjadi antara perkara yang diberikan perhatian.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan demi tanah air tercinta. ????????

Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin

#BNSayangRakyat
#MelakaSayangRakyat
#KitaGengBiru
#ManaLagiMelakaLer