26 Oktober 2026 | Isnin jam 8.15 pagi
Alhamdulillah, saya hadir merasmikan Program SAFE (Program Kerangka Antibuli Sekolah untuk Pemerkasaan) yang berlangsung di Dewan Samudera, SK Pantai Kundor.
Turut bersama ialah En. Hadi Danny Valentino, Guru Besar SK Pantai Kundor, serta barisan jawatankuasa induk, jawatankuasa pelaksana dan warga sekolah yang bersama-sama menjayakan program ini.
Tahniah dan terima kasih kepada pihak sekolah atas usaha murni dalam meningkatkan kesedaran tentang bahaya buli serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni dan kondusif untuk semua murid.
Semoga inisiatif ini dapat menyemai nilai hormat-menghormati, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan murid.
Bersama kita hentikan buli, demi keselamatan dan masa depan anak-anak kita.
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
#PantaiKundorDihati
#ProgramSAFE
#HentikanBuli
#SekolahSelamat
#MelakaSayangRakyat