23 Oktober 2026 | Jumaat jam 5.00 petang
ALHAMDULILLAH, SYUKUR KE HADRAT ILAHI ????????
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas penyempurnaan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Pantai Kundor N12, Melaka yang telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri atas kesudian hadir menyempurnakan majlis ini, sekali gus memberikan sokongan dan semangat kepada seluruh jentera pilihan raya yang terlibat.
Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Datuk Haji Rais bin Datuk Wira Yasin, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, serta Datuk Wira Lim Ban Hong, Pengerusi MCA Negeri Melaka, atas kehadiran dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan majlis ini.
Terima kasih turut ditujukan kepada seluruh barisan kepimpinan, jentera pilihan raya, para petugas dan semua pihak yang telah berganding bahu memastikan kelancaran majlis ini.
Semoga pelancaran ini menjadi titik permulaan kepada gerak kerja yang lebih tersusun, semangat berpasukan yang kukuh serta kerjasama yang erat dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat Pantai Kundor.
Bersatu hati, melangkah bersama, berbakti demi rakyat.
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
#PantaiKundorN12
#JenteraPilihanRaya
#BarisanNasional
#UMNOTanggaBatu
#MelakaMajuJaya
#Alhamdulillah