22 Oktober 2026 | Khamis
???? ZIARAH KASIH DI TAMAN RAMBAI IDAMAN DAN KG AYER SALAK????
Alhamdulillah, pada petang tadi saya bersama barisan kepimpinan, Ketua-Ketua Cawangan, Pengerusi JPKK serta barisan sayap dalam kawasan telah turun padang menyantuni penduduk di bawah PDM Ayer Salak, melibatkan dua lokasi iaitu Kg Ayer Salak dan Taman Rambai Idaman.
Sepanjang program ini, seramai 30 orang penduduk Kg Ayer Salak, termasuk warga emas, telah disantuni. Kami turut menziarahi 4 keluarga di Taman Rambai Idaman.
Turut sama dalam program ini ialah Datuk Azman Hassan.
Ziarah kasih ini merupakan tanda keprihatinan dan ingatan kita terhadap masyarakat setempat. Peluang bertanya khabar, mendengar perkongsian serta melihat sendiri keadaan penduduk menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan.
Semoga setiap kunjungan membawa kegembiraan dan menjadi bukti bahawa kebajikan masyarakat sentiasa dekat di hati kita.
???? Dekat di hati rakyat, ikhlas dalam berkhidmat.
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
#PantaiKundorDihati
#ZiarahKasih
#PDMAyerSalak
#KhidmatUntukRakyat