22 Oktober 2026 | Khamis jam 2.30 ptg
???? HI-TEA JR GENG BIRU PARLIMEN TANGGA BATU ????
Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Hi-Tea JR Geng Biru Parlimen Tangga Batu yang berlangsung di Command Centre BN Parlimen Tangga Batu, Sungai Udang.
Turut hadir sebagai tetamu kehormat, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia, serta Datuk Rais Yasin, Pengerusi Barisan Nasional Tangga Batu.
Pertemuan ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, berkongsi pandangan serta menyelaraskan gerak kerja bersama dalam kalangan JR, AJK UMNO, sayap bahagian dan pengerusi-pengerusi PDM.
Semoga semangat kebersamaan, kesepakatan dan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.
???? Bersatu hati, sederap melangkah!
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
#BarisanNasional
#ParlimenTanggaBatu
#GengBiru
#PantaiKundorDihati