16 Oktober 2026 | Jumaat jam 9.30 malam
ZIARAH MESRA KE PDM-PDM DUN PANTAI KUNDOR ????
PDM Kg Gelam
PDM Ayer Salak
PDM Pengkalan Lanjut
PDM Sungai Lereh
PDM Pengkalan Perigi
Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sekitar DUN Pantai Kundor bagi menyantuni petugas serta bertanya khabar kepada jentera yang sentiasa komited menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Dalam kunjungan ini, saya turut membawa sedikit sumbangan berupa minuman 3-in-1 dan biskut sebagai makanan ringan untuk dinikmati bersama di setiap PDM. Semoga sumbangan kecil ini dapat menceriakan suasana dan menambah semangat kepada semua yang bertugas.
Terima kasih atas segala usaha, pengorbanan dan komitmen yang diberikan. Semoga ukhuwah terus diperkukuh, semangat terus membara dan setiap gerak kerja dipermudahkan.
Kita jaga kebajikan, kita eratkan silaturahim. Bersama demi Pantai Kundor! ????????
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
#PantaiKundorDihati
#DUNPantaiKundor
#ZiarahMesra
#SantuniJentera
#DemiPantaiKundor