• Main
  • News

15 Oktober 2026 | Khamis Jam 4.30 Petang

15 Oktober 2026 | Khamis Jam 4.30 Petang

15 Oktober 2026 | Khamis jam 4.30 petang

???????? ZIARAH KASIH DUN PANTAI KUNDOR – MENYANTUNI DENGAN HATI, MENGHULUR KASIH DENGAN IKHLAS ????????

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan turun padang untuk hari kedua bersama kepimpinan dan jentera Barisan Nasional meneruskan Program Ziarah Kasih DUN Pantai Kundor bagi mendekati serta menyantuni masyarakat yang sentiasa dekat di hati saya.

???? Ziarah Kasih kali ini melibatkan 5 cawangan dengan 25 lokasi persinggahan:

???? Cawangan Pantai Kundor – 2 lokasi

???? Cawangan Pengkalan Perigi – 12 lokasi

???? Cawangan Tanjung Kling – 5 lokasi

???? Cawangan Lereh – 4 lokasi

???? Cawangan Pengkalan Lanjut – 2 lokasi

Setiap rumah yang kami singgahi membawa cerita tersendiri. Ada senyuman yang menyambut kehadiran, ada kesusahan yang dikongsikan, dan ada harapan yang diluahkan dengan penuh keikhlasan.

Bagi saya, turun padang bukan sekadar hadir untuk bersalaman atau bertanya khabar, tetapi untuk mendengar dengan hati, memahami kesusahan dan memastikan masyarakat tidak merasa dilupakan. ❤️

Walaupun masa terus berlalu dan tanggungjawab berubah, kasih sayang saya terhadap masyarakat Pantai Kundor tidak pernah berubah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tok Man, seluruh kepimpinan, keempat-empat sayap UMNO, ketua-ketua cawangan serta semua yang bersama-sama menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada seluruh penduduk yang menerima kehadiran kami dengan penuh mesra. Sesungguhnya, doa, senyuman dan kasih sayang kalian menjadi kekuatan untuk saya terus berbakti.

???? Selagi diberi kesihatan dan kesempatan, insya-Allah saya akan terus bersama masyarakat. Kerana Pantai Kundor bukan sekadar tempat saya berkhidmat, tetapi tempat terpahatnya seribu satu kenangan dan kasih sayang.

???? BERSAMA RAKYAT, DEMI RAKYAT.

???? PANTAI KUNDOR SENTIASA DI HATI.

Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin

#ZiarahKasih
#PantaiKundorDihati
#BarisanNasional
#UMNOTanggaBatu
#BersamaRakyatDemiRakyat
#MelakaSayangRakyat