15 Oktober 2026 | Khamis jam 1.00 petang
???????? MENGERATKAN SILATURAHIM, MEMPERKUKUH KERJASAMA ????????
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama ketua-ketua Wanita bagi membincangkan penyelarasan gerak kerja serta kesinambungan Program Ziarah Kasih yang akan diteruskan selepas ini.
Perjumpaan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan, menyusun perancangan dan memperkukuh kerjasama dalam memastikan setiap gerak kerja dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
Terima kasih kepada semua ketua-ketua Wanita yang hadir atas komitmen dan kesediaan untuk terus bersama dalam gerak kerja yang dirancang. Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan semangat kebersamaan sentiasa menjadi kekuatan kita.
???? Bersatu hati, melangkah seiring, terus mendekati masyarakat dengan penuh keikhlasan.
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
#PantaiKundorDihati
#ZiarahKasih
#WanitaBN
#BersamaMasyarakat
#TerusBerkhidmat