11 Oktober 2026 | Ahad
???? SATU HATI, SATU TEKAD, SATU PERJUANGAN! ????
Alhamdulillah, perjumpaan bersama petugas-petugas URP Tangga Batu bersama kepimpinan bahagian menjadi medan untuk memperkukuh kesepaduan, menyatukan gerak kerja dan memantapkan semangat perjuangan.
Turut hadir iaitu Tn Hj Fasarul Md Isa Setiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu, En Azhar Ahmad Penyelaras DUN Pantai Kundor.
Dalam perjuangan, kekuatan kita bukan hanya terletak pada barisan kepimpinan, tetapi juga pada kesungguhan setiap petugas yang bekerja dengan penuh keikhlasan, kesetiaan dan tanggungjawab.
???? Kita bergerak sebagai satu pasukan, berjuang dengan satu matlamat dan melangkah dengan satu tekad. Semoga segala usaha dipermudahkan dan semangat kebersamaan terus menjadi kekuatan kita.
Bersatu hati, teguh berdiri, demi perjuangan yang bererti! ????????
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
#UMNOTanggaBatu
#PuteriUMNO
#URPTanggaBatu
#SatuHatiSatuTekadSatuPerjuangan