05 Oktober 2026
???? AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH ????
Innalillahi wa inna ilaihi rajiāun.
Dengan penuh rasa sayu, marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Yasin, tahlil dan doa buat Allahyarhamah Datin Wira Hjh. Syarifah Khatijah binti Sh. Mohd.
Semoga setiap ayat suci yang dibaca, setiap zikir yang dilafazkan dan setiap doa yang dipanjatkan menjadi cahaya, rahmat serta amal jariah buat arwah di alam sana. ????????
Tiada apa yang mampu kita bawa bersama selepas pemergian, kecuali amal soleh dan doa daripada insan yang masih mengingati.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, menerangi tempat persemadiannya dan menempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah. ????????????