• Main
  • News

Satu Pasukan. Satu Hati. Untuk Semua.

Satu Pasukan. Satu Hati. Untuk Semua.

SATU PASUKAN. SATU HATI. UNTUK SEMUA. ????????

29 September 2026 | Selasa jam 9.00 malam

Alhamdulillah, saya dan penyelaras DUN En Azhar dapat bersama jentera pilihan raya DUN Pantai Kundor, dalam satu pertemuan yang santai, mesra dan penuh semangat kekeluargaan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua-Ketua JR dan pengerusi -pengerusi PDM SERTA seluruh jentera di setiap kawasan yang terus memberikan masa, tenaga dan komitmen. Terima kasih kerana sentiasa sudi berkongsi pandangan, bertukar idea dan sama-sama berbincang tentang apa yang boleh kita lakukan dengan lebih baik.

Bagi kita, kerja ini bukan tentang siapa di depan atau siapa di belakang. Setiap orang ada peranan, setiap usaha ada nilainya.

Yang paling penting, kita terus bergerak sebagai satu pasukan dengan satu semangat:

KITA BEKERJA UNTUK SEMUA RAKYAT PANTAI KUNDOR. ❤️

Insya-Allah, dengan kerjasama dan semangat yang padu, kita terus lakukan yang terbaik untuk Pantai Kundor.

PANTAI KUNDOR, KITA JAGA BERSAMA.”** ????
Zahid Hamidi
Ab Rauf Yusoh
Dato' Dr. Noraini Ahmad
Rais Yasin

#PantaiKundorDihati
#PantaiKundorNo1


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU