• Main
  • News

Setulus Penghargaan Buat Warga Dun Pantai Kundor ❤️

Setulus Penghargaan Buat Warga Dun Pantai Kundor ❤️

SETULUS PENGHARGAAN BUAT WARGA DUN PANTAI KUNDOR ❤️

Menjelang pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 23 September, saya ingin merakamkan setulus penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga DUN Pantai Kundor.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh saya diberi amanah berkhidmat, pelbagai usaha telah kita laksanakan bersama demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat, di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, menerusi aspirasi Melaka Sayang Rakyat.

Terima kasih atas setiap sokongan, teguran, doa dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Segala yang baik adalah hasil kebersamaan kita, manakala segala kekurangan dan kekhilafan, saya susun sepuluh jari memohon maaf. ????

Perjuangan untuk rakyat tidak akan berakhir di sini. Pantai Kundor akan sentiasa dekat di hati saya. ????

Ab Rauf Yusoh

Ikhlas daripada,
YB Datuk Tuminah Binti Kadi @ Mohd Hashim


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU