• Main
  • News

19 September 2026 | Sabtu

19 September 2026 | Sabtu

19 September 2026 | Sabtu

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan hadir merasmikan Nephcare Dialysis Centre Tangga Batu, iaitu cawangan kelima Nephcare Dialysis Centre.

Pembukaan pusat rawatan ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam memperluaskan akses masyarakat kepada perkhidmatan rawatan hemodialisis yang berkualiti, selamat dan berterusan.

Lebih bermakna, Nephcare Dialysis Centre Tangga Batu merupakan pusat rawatan hemodialisis di DUN Pantai Kundor, sekali gus memberi kemudahan kepada pesakit buah pinggang di kawasan sekitar untuk mendapatkan rawatan secara berkala.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada En Masshamni Bin Mohamad Ketua Pegawai Eksekutif serta seluruh warga kerja Nephcare Dialysis Centre. Semoga terus maju dan menjadi rakan strategik dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.

Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat.
Salam Melaka Sayang Rakyat.

Ab Rauf Yusoh

#MelakaSayangRakyat #PantaiKundorDihati #TanggaBatu #NephcareDialysisCentre


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU