18 September 2026 | Jumaat
ZIARAH USAHAWAN WRUR DUN TANJONG BIDARA
Seorang Anak Muda Yang Patut Dicontohi
Bersemangat dan Berwawasan. Semuga Terus Berjaya Managing Director EN MOHD KHAIRIL BIN SAID.
Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dan mengetuai Ziarah Usahawan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Tanjong Bidara ke Tropical Bioessence Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah.
Dalam kunjungan ini, saya turut berkesempatan melihat dengan lebih dekat proses pembuatan produk berasaskan bahan semula jadi dan herba, bermula daripada pemilihan bahan mentah, proses penghasilan dan formulasi, sehinggalah kepada pembungkusan produk sebelum dipasarkan.
Menariknya, syarikat ini menghasilkan pelbagai produk berkaitan penjagaan diri, kesihatan dan kecantikan dengan memanfaatkan khasiat bahan-bahan semula jadi.
Saya juga berkesempatan mendengar perkongsian mengenai perkembangan perniagaan serta cabaran yang dihadapi. Semoga melalui kunjungan seperti ini, kita dapat mengenal pasti keperluan dan peluang sokongan yang boleh membantu usahawan tempatan terus berkembang.
Insya-Allah, komitmen untuk terus menziarahi, mendengar dan membantu usahawan akan diperkasakan demi melahirkan lebih ramai usahawan Melaka yang berdaya saing. ????
Ab Rauf Yusoh
#MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia
#MelakaSayangRakyat
#PantaiKundorDihati
#pantaikundorno1