17 September 2026 | Khamis
Alhamdulillah, pagi ini saya hadir ke Sambutan Hari Warga Emas, Hari Orang Kurang Upaya (OKU) dan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Villa D’Aqua, Masjid Tanah.
Turut bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap ADUN Tanjung Bidara, YB Datuk Kalsom Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti serta barisan EXCO dan Timbalan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.
Sambutan ini menjadi ruang untuk kita meraikan, menghargai dan menyantuni warga emas, golongan OKU serta anak-anak yang merupakan sebahagian penting dalam masyarakat kita.
Semoga usaha sebegini terus memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam membina Melaka yang lebih prihatin, penyayang dan inklusif. ❤️
Ab Rauf Yusoh
#MelakaSayangRakyat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat