04 Sept 2026 | Jumaat jam 8.00 malam
???? MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 ????
Mewakili YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka untuk merasmikan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2026 bertempat di Qasrina Ballroom, Pantai Puteri.
Semoga kejohanan ini menjadi wadah terbaik dalam memperkukuh semangat kesukanan, mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara peserta dari seluruh negara, di samping mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam sukan petanque.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada ANGKASA, pihak penganjur serta semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. Semoga program seumpama ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan dan gerakan koperasi di Malaysia.
Selamat bertanding kepada semua peserta. Semoga berjaya dan terus mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi. ????????????
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorNo1
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat