07 Sept 2026 | Isnin jam 8.30 mlm
Alhamdulillah, saya telah menghadiri Mesyuarat War Room BN Melaka bersama Kepimpinan Wanita UMNO Bahagian-Bahagian Negeri Melaka yang berlangsung di JAPERUN Paya Rumput.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Datuk Wira Hasnoor bin Sidang Husin dan menjadi medan penting untuk menyelaras gerak kerja, memperkukuh strategi serta memperkemaskan persiapan jentera dalam menghadapi agenda perjuangan parti.
Semoga segala perancangan dan keputusan yang telah dibincangkan dapat diterjemahkan kepada gerak kerja yang lebih tersusun, berkesan dan menyeluruh. Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan iltizam yang tinggi, kita akan terus memperkukuh kekuatan parti demi agama, bangsa dan negara.
Ab Rauf Yusoh
#WanitaUMNO
#MelakaSayangRakyat
#PantaiKundorDihati
#PantaiKundorNo1