MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL ANAK MUDA NEGERI MELAKA 2026 X KONSERT JOM HEBOH
6 September 2026 | Ayer Keroh
Majlis Perasmian Penutupan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 x Konsert Jom Heboh telah berlangsung meriah dan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Dr. Zahid Hamidi , Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau turut diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh , Ketua Menteri Melaka.
Turut hadir YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka.
Karnival ini menjadi wadah penting dalam menghimpunkan anak muda menerusi pelbagai aktiviti, program dan hiburan, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan serta mencorakkan generasi muda yang aktif, kreatif dan berdaya saing.
Mana Lagi?? Melaka Lerr..
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorNo1
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat