07 Sept 2026 | Isnin
Program Jelajah YAB Ketua Menteri Melaka Sayang Rakyat diteruskan hari ini di DUN Sungai Udang sebagai manifestasi komitmen Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, untuk terus mendekati rakyat.
Melalui program ini, pelbagai isu dan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk setempat didengari secara langsung agar tindakan serta penyelesaian yang sewajarnya dapat diambil dengan segera.
Pendekatan turun padang ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, selaras dengan semangat Melaka Sayang Rakyat.
Terima kasih kepada semua warga DUN Sungai Udang atas sambutan yang diberikan. Semoga hubungan erat antara kerajaan dan rakyat terus diperkukuhkan demi kesejahteraan serta kemajuan Negeri Melaka.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#PantaiKundorNo1
#MelakaSayangRakyat