• Main
  • News

29 Ogos 2026 | Sabtu

29 Ogos 2026 | Sabtu

29 Ogos 2026 | Sabtu

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan mengikuti Lawatan On Board Kapal KD Seri Indera Sakti milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terminal ICQS, Klebang.

Turut sama iaitu YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Salhah Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rais Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; dan Laksamana Madya Datuk Baharudin bin Wan Md Nor, Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Buat rakyat Melaka, jangan lepaskan peluang untuk hadir dan melihat sendiri Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Melaka 2026 serta pameran aset pertahanan ATM.

Lebih menarik, rakyat juga berpeluang melihat dengan lebih dekat lima kapal perang TLDM iaitu KD Seri Indera Sakti, KD Lekir, KD Laksamana Muhammad Amin, KD Gempita dan KD Terengganu.

Turut menanti ialah demonstrasi payung terjun, demonstrasi pasukan khas, boat ride dan pelbagai lagi pengisian menarik untuk seisi keluarga.

Inilah kesempatan untuk kita mengenang jasa dan pengorbanan para pahlawan serta anggota keselamatan yang sentiasa berdiri teguh mempertahankan kedaulatan tanah air.

Selamat Hari Kebangsaan! Melaka Sayang Rakyat! ❤️

Ab Rauf Yusoh

#MelakaSayangRakyat
#SelamatHariKebangsaan
#ManaLagiMelakaLer
#PantaiKundorDihati
#PantaiKundorNo1


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU