• Main
  • News

27 Ogos 2026 | Khamis Jam 9.00 Pagi

27 Ogos 2026 | Khamis Jam 9.00 Pagi

27 Ogos 2026 | Khamis jam 9.00 pagi

KAMPUNG DIGITAL MELAKA, MELANGKAH LEBIH JAUH ????

Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang menghadiri Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Melaka yang berlangsung di PARKROYAL A’Famosa Resort, Melaka.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka. Bengkel ini menjadi platform penting untuk menyelaras dan memperkukuh hala tuju Kampung Digital Melaka agar agenda pendigitalan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan hingga ke peringkat komuniti.

Pendigitalan bukan sekadar mengenai penggunaan teknologi, tetapi juga tentang memudahkan urusan harian rakyat, memperluaskan peluang ekonomi, meningkatkan akses kepada perkhidmatan, serta memperkukuh pembangunan komuniti yang lebih inklusif dan mampan.

Insya-Allah, semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan kampung-kampung di Melaka agar terus maju, berdaya saing dan seiring dengan arus perkembangan digital demi kesejahteraan seluruh rakyat.

#MelakaSayangRakyat
#PantaiKundorNo1
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU