17 Ogos 2026 | Isnin
Ziarah Kasih DUN Pantai Kundor
Alhamdulillah, pada pagi ini saya bersama barisan kepimpinan kawasan telah menziarahi Puan Esah binti Sapau di Taman Tanah Merah Jaya.
Puan Esah kini berdepan dengan masalah kesihatan yang menyebabkan beliau memerlukan sebuah kerusi roda bagi memudahkan urusan pergerakan harian.
Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi sedikit keselesaan serta meringankan beban yang ditanggung. Mudah-mudahan Puan Esah dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa berada di bawah rahmat serta lindungan Allah SWT. Aamiin.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#PantaiKundorNo1
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat