• Main
  • News

Taklimat Program Permit Penguatkuasaan Bangunan Berisiko Di Dun

Taklimat Program Permit Penguatkuasaan Bangunan Berisiko Di Dun

Taklimat Program Permit Penguatkuasaan Bangunan Berisiko di DUN Pantai Kundor

Alhamdulillah, saya telah mempengerusikan Sesi Taklimat Program Permit Penguatkuasaan Bangunan Berisiko yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JAPERUN DUN Pantai Kundor.

Taklimat telah disampaikan oleh Cik Norashikin binti Saringat, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBMB, yang memberi penerangan berhubung pelaksanaan program serta tindakan penguatkuasaan terhadap bangunan-bangunan berisiko demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Turut hadir ialah Clr. En. Mohd Faizal bin Mohamad Zali, Ahli Majlis MBMB, wakil-wakil JAPERUN serta pegawai dan anggota Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Semoga sesi taklimat ini dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada semua pihak mengenai peranan serta tanggungjawab dalam memastikan bangunan-bangunan berisiko ditangani secara berkesan mengikut peruntukan yang ditetapkan.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#PantaiKundorNo1
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU