• Main
  • News

10 Ogos 2026 | Isnin

10 Ogos 2026 | Isnin

10 Ogos 2026 | Isnin

???????? PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA ????????

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka yang turut disusuli dengan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan serta Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026.

Majlis yang berlangsung di Grand Ballroom, MITC, Ayer Keroh ini turut disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi pelancaran Bulan Kebangsaan, kibaran Jalur Gemilang serta pelbagai pengisian yang mencerminkan semangat Malaysia MADANI dan kecintaan kita kepada tanah air. ????????❤️

Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan menyemarakkan semangat kemerdekaan demi Malaysia yang terus maju, harmoni dan sejahtera.

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2026!
Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang! ????????

Ab Rauf Yusoh

#BulanKebangsaan2026
#JalurGemilang
#MelakaSayangRakyat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU