MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM WRUR PARLIMEN TANGGA BATU: KAMPUNG KITA, DUN PAYA RUMPUT
Alhamdulillah, saya telah hadir ke Majlis Perasmian Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Tangga Batu: Kampung Kita, DUN Paya Rumput yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Perkarangan Stadium Hang Jebat, Krubong, malam ini.
Majlis turut dimeriahkan dengan Neon Fun Walk 2026 WRUR DUN Paya Rumput dan Hari Landskap Negeri, selain pelbagai persembahan serta acara bersama masyarakat.
Program WRUR merupakan platform penting untuk mendekati rakyat, mendengar suara masyarakat dan menyampaikan perkhidmatan serta manfaat secara terus kepada komuniti.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat “Wakil Rakyat Untuk Rakyat” terus menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara kepimpinan dan masyarakat.
Rakyat Dekat di Hati, Khidmat Terus Diberi. ????
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#PantaiKundorNo1
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat