07 Julai 2026 | Jumaat
MAJLIS PERASMIAN MASJID SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A., TAMAN CHENG
Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Masjid Saidina Abdul Rahman Bin Auf R.A., Taman Cheng Perdana sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Paya Rumput.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Turut hadir, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Negeri Melaka merangkap ADUN Paya Rumput, serta YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka.
Semoga perasmian masjid ini menjadi satu lagi detik bermakna dalam memperkukuhkan peranan institusi masjid sebagai pusat ibadah, penyebaran ilmu, penyatuan ummah serta pembangunan komuniti yang harmoni dan sejahtera.
Ab Rauf Yusoh
#MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat
#PantaiKundorDihati
#PantaiKundorNo1