05 Ogos 2026 | Rabu
PROGRAM LAWATAN ZIARAH USAHAWAN SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) NEGERI MELAKA DUN PAYA RUMPUT
Pada petang ini, saya telah mengetuai Program Lawatan Ziarah Usahawan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Negeri Melaka DUN Paya Rumput sebagai usaha mendekati usahawan tempatan serta meninjau perkembangan perusahaan yang mereka usahakan.
Turut bersama dalam lawatan ini ialah Datin Ernie Aidilia Binti Datuk Karim, isteri kepada YB Datuk Rais Bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Negeri Melaka; CADO Puan Faezah Noor; Pengarah Kraftangan Negeri Melaka; Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Daud; serta wakil TEKUN, Puan Nurul Adila Binti Azlan.
Lawatan telah diadakan ke tiga premis usahawan tempatan iaitu:
• Leeya Hamid Wedding Planner milik Puan Norlia Binti Abd. Hamid (Butik Andaman)
• Alina Butik (Legasi Sutera Emas) milik Encik Mohammad Bakhtiar Bin Aman (Butik Andaman)
• IFF Barbershop milik Encik Mohamad Naif Bin Azhar (Perkhidmatan Gunting Rambut)
Sepanjang lawatan, saya berpeluang berinteraksi dengan para usahawan bagi mendengar sendiri perkembangan perniagaan mereka, mengenal pasti cabaran yang dihadapi serta memberikan sokongan dan galakan agar mereka terus berdaya saing dan berkembang maju.
Semoga inisiatif seperti ini dapat memperkukuh ekosistem keusahawanan tempatan, melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya serta terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka.
Ab Rauf Yusoh
Zahid Hamidi
Dato' Dr. Noraini Ahmad
#MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat
#PantaiKundorDihati
#PantaiKundorNo1