04 Julai 2026 | Selasa
MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN PEMERKASAAN KOPERASI PELBAGAI KLUSTER (E-PERKASA) BIL. 1/2026
Alhamdulillah, pagi ini saya hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Pemerkasaan Koperasi Pelbagai Kluster (E-PERKASA) Bil. 1/2026 yang diadakan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Melaka.
Turut bersama ialah Tuan Mustafa Kamal bin Mohd Nor, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka, Tuan Hadi dan Puan Farah Wahida, pegawai daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), serta pegawai-pegawai daripada agensi berkaitan.
Mesyuarat ini bertujuan meneliti dan mempertimbangkan permohonan bantuan daripada koperasi-koperasi di seluruh Negeri Melaka agar bantuan yang disalurkan dapat memperkasakan lagi pembangunan, daya saing dan kelestarian gerakan koperasi.
Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dibuat dapat memberi manfaat kepada koperasi serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi rakyat dan negeri.
Zahid Hamidi
Ab Rauf Yusoh
Dato' Dr. Noraini Ahmad
#MelakaSayangRakyat #MalaysiaMADANI #KoperasiPemangkinEkonomi #PantaiKundorDihati