• Main
  • News

30 Julai 2026 | Khamis

30 Julai 2026 | Khamis

30 Julai 2026 | Khamis

KEMPEN PRN NEGERI SEMBILAN – DUN CHEMBONG

Alhamdulillah, hari ini saya hadir bagi membantu gerak kerja kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di DUN Chembong sebagai tanda sokongan dan semangat perjuangan bersama.

Walaupun keadaan kesihatan saya masih belum pulih sepenuhnya, ia tidak menghalang saya untuk turun padang bersama jentera dan sahabat-sahabat seperjuangan demi memastikan usaha serta amanah yang dipikul dapat dilaksanakan sebaiknya.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan dikurniakan kemenangan buat Dato’ Zaifulbahri bin Idris. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan, dan memperoleh kemenangan dalam PRN Negeri Sembilan kali ini.

Insya-Allah, semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan dan membuahkan hasil yang terbaik.

Ab Rauf Yusoh

#MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat
#PantaiKundorDihati
#PantaiKundorNo1


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU