29 Julai 2026 | Rabu
Alhamdulillah, gotong-royong membersihkan dan menebang pokok-pokok mati di sepanjang Jalan Bukit Berlian telah berjaya dilaksanakan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta menjaga kebersihan persekitaran.
Hasil tinjauan mendapati antara punca berlakunya masalah aliran air sungai di Bukit Berlian adalah disebabkan ranting serta dahan pokok yang gugur dan menghalang laluan air. Justeru, kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan bagi mengurangkan risiko banjir serta memastikan sistem saliran kembali lancar.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan usaha ini:
✅ MBMB
✅ SWM Environment
✅ JPS
✅ JPKK Kawasan Paya Rumput Hilir
✅ JAPERUN Pantai Kundor
Semoga semangat kerjasama dan keprihatinan ini dapat diteruskan demi kesejahteraan serta keselamatan masyarakat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati #MelakaSayangRakyat #GotongRoyong