28 Julai 2026 | 8.00 malam
MAJLIS ANUGERAH USAHAWAN NEGERI MELAKA (AUNM) 2026
Alhamdulillah, berbesar hati menghadiri Majlis Anugerah Usahawan Negeri Melaka (AUNM) 2026 yang berlangsung di Hotel Dusit Melaka.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Fairul Nizam Bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka mewakili YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka.
Saya turut menyampaikan ucapan aluan serta menyampaikan sijil penghargaan dan anugerah kepada para penerima bagi kategori Panel Penilai, Industri Asas Tani, Digital dan Inovasi serta Koperasi Terbaik.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua usahawan yang menerima pengiktirafan pada malam ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh daya saing serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Melaka.
Syabas dan tahniah juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Majlis Anugerah Usahawan Negeri Melaka 2026.
Ab Rauf Yusoh
Fairul Nizam Roslan Along
#MelakaSayangRakyat
#MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#AUNM2026
#UsahawanMelaka
#PantaiKundorDihati