• Main
  • News

27 Julai 2026 | Isnin

27 Julai 2026 | Isnin

27 Julai 2026 | Isnin

LAWATAN YAB KETUA MENTERI MELAKA KE BUKIT BELIAN BAGI MENANGANI ISU BANJIR DAN MASALAH SALIRAN

YAB Ketua Menteri Melaka telah turun padang bagi melihat sendiri struktur aliran sungai yang menjadi punca banjir kilat yang berlaku di Bukit Berlian.

Turut hadir sama YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri, YB Datuk Haji Rais Bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YB Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan ,YBhg. Datuk Haji Shadan Bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB, Tuan Ir. Mohd Adnan Bin Ahmad Fauzi, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka, Tuan Ir. Haji Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka bagi meninjau serta mencari penyelesaian terhadap masalah saliran dan banjir yang berlaku di kawasan Bukit Belian, khususnya apabila hujan lebat menyebabkan aliran air sungai melimpah dan mengakibatkan banjir.

Permohonan berkaitan isu saliran yang kecil dan tidak mampu menampung aliran air ketika hujan lebat telah saya kemukakan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Pihak JKR kemudiannya telah mengangkat permohonan tersebut ke peringkat Kerajaan Persekutuan bagi cadangan menaik taraf dan menambah baik crossing culvert sedia ada.

Susulan lawatan terbaru saya bersama YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri, YB Datuk Haji Rais Bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YBhg. Datuk Haji Shadan Bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB, Tuan Ir. Mohd Adnan Bin Ahmad Fauzi, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka, Tuan Ir. Haji Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka pada 25 Julai lalu, isu ini akan dibawa ke perhatian pihak berkaitan bagi mendapatkan peruntukan untuk menaik taraf jambatan kecil sedia ada, termasuk cadangan merobohkan pintu empang berkembar yang tidak lagi digunakan serta membina jambatan baharu mengikut kesesuaian keadaan dan struktur tapak.

Dalam masa yang sama, isu pokok tumbang dan dahan pokok yang mati turut menjadi antara faktor yang menyebabkan halangan kepada aliran sungai. Sebelum ini, pemilik tanah pernah mengemukakan permohonan untuk menebang empat batang pokok di hadapan Qopi Sawah. Namun, hasil semakan mendapati pokok-pokok tersebut berada dalam kawasan tanah persendirian. Walau bagaimanapun, selepas pokok berkenaan diracun, dahan yang mati dan reput dibiarkan jatuh ke dalam sungai sehingga menyebabkan halangan di beberapa lokasi, termasuk di kawasan pintu empang dan crossing culvert JKR.

Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga masih dalam proses melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Seberang Gajah. Kerja-kerja ini memerlukan penggunaan pelbagai jenis jentera serta perancangan yang rapi mengikut keadaan dan lokasi sungai, selain bergantung kepada faktor cuaca.

Usaha berterusan ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah saliran dan mengurangkan risiko banjir di kawasan Bukit Belian demi keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Zahid Hamidi
Ab Rauf Yusoh
Dato' Dr. Noraini Ahmad

#MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat
#PantaiKundorDihati
#pantaikundorno1


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU