25 Julai 2026 | Sabtu
????Banjir DUN Pantai Kundor????️
Susulan hujan lebat yang berterusan, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Japerun Pantai Kundor bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir.
Setakat ini, seramai 25 mangsa daripada 8 buah keluarga telah dipindahkan dari kediaman masing-masing berikutan paras air yang semakin meningkat demi keselamatan mereka.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Ketua Menteri Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (Balai Polis Tanjung Kling) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu) atas tindakan pantas serta komitmen dalam membantu menguruskan mangsa banjir.
Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Marilah kita sama-sama mendoakan agar keadaan banjir segera pulih dan semua penduduk dapat kembali ke rumah masing-masing dengan selamat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati #MelakaSayangRakyat #BanjirPantaiKundor