• Main
  • News

25 Julai 2026 | Sabtu

25 Julai 2026 | Sabtu

25 Julai 2026 | Sabtu

???? Meninjau Keadaan Banjir di DUN Pantai Kundor

Hari ini saya telah turun padang bagi meninjau keadaan banjir yang berlaku di beberapa kawasan dalam DUN Pantai Kundor bagi melihat sendiri situasi semasa serta memastikan tindakan segera dapat diambil demi keselamatan dan kebajikan penduduk yang terjejas.

Turut bersama dalam lawatan ini ialah YB Datuk Rais Yasin, EXCO Kanan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Tn. Ir. Mohd Adnan Ahmad Fauzi, Pengarah JPS Melaka Tengah, Tn. Ir. Mohamad Salzeli Moktar, Pengarah JKR Melaka Tengah, Tn. Mohd Saiful Hizam Johan, Pegawai Daerah Melaka Tengah, Datuk Shadan Othman Datuk Bandar MBMB, serta pegawai-pegawai daripada agensi berkaitan.

Terima kasih kepada semua agensi dan petugas yang bertungkus-lumus di lapangan dalam menguruskan situasi banjir. Semoga segala usaha yang dilaksanakan dapat membantu meringankan beban penduduk serta memastikan keselamatan semua pihak sentiasa terpelihara.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati #MelakaSayangRakyat #BersamaRakyat #DUNPantaiKundor #PantaiKundorNo1


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU