• Main
  • News

Wrur Dun Pantai Kundor

Wrur Dun Pantai Kundor

WRUR DUN Pantai Kundor

25 Julai 2026 | Sabtu jam 9.30 pagi

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan MCorp sempena WRUR DUN Pantai Kundor.

Alhamdulillah, hari ini saya bersemangat untuk meninjau beberapa kerja-kerja penyelenggaraan dan kemudahan demi keselesaan masyarakat di sekitar DUN Pantai Kundor dalam program CSR MCorp pada pagi ini.

Antara yang telah dilaksanakan:
✅ Servis penyaman udara serta penggantian sistem PA baharu di Dewan Japerun Pantai Kundor.
✅ Pemasangan kipas di Masjid Nurul Hidayah, Taman Tanah Merah Jaya bagi memberi keselesaan kepada para jemaah.
✅ Penukaran minyak hitam motosikal di Bengkel Motor Iman.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kumpulan MCorp atas komitmen dan keprihatinan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat demi kesejahteraan masyarakat.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan keselesaan kepada seluruh warga setempat.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#MelakaSayangRakyat
#CSR
#KumpulanMCorp


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU