• Main
  • News

Wrur Dun Pantai Kundor

Wrur Dun Pantai Kundor

WRUR DUN Pantai Kundor

24 Julai 2026 | Jumaat jam 6.00 petang

Program Bicara Mufti yang berlangsung di Masjid Al-Mohsinin, Pantai Kundor sempena WRUR DUN Pantai Kundor.

Program ini menampilkan S.S. Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, bersama YBhg. Dr. Mohamad Nazli bin Omar, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, dengan moderator Ustaz Mohd Isa bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Perkongsian bertajuk “Dunia Digital Tanpa Sempadan: Bagaimana Islam Membimbing Kita?” memberi panduan yang amat bermanfaat tentang bagaimana umat Islam menghadapi cabaran dunia digital berlandaskan syariat dan nilai-nilai murni.

Dalam majlis yang sama, turut disampaikan sumbangan kepada tiga orang penerima dari kawasan DUN Pantai Kundor sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan.

Semoga program seumpama ini terus menyuburkan ilmu, memperkukuhkan kefahaman agama dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Ab Rauf Yusoh

#WRURPantaiKundor #PantaiKundorDihati #MelakaSayangRakyat #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #PantaiKundorNo1


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU