WRUR DUN Pantai Kundor
24 Julai 2026 | Jumaat
???? Ziarah Kasih Penerima Bantuan Rumah LPM
Ziarah Kasih bersama YB Datuk Zulkifli Bin Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, bagi menziarahi penerima Bantuan Rumah LPM di Kampung Gelam, Bukit Darat dan Pekan Bukit Darat.
Sebanyak 3 buah rumah telah menerima bantuan di bawah inisiatif Lembaga Perumahan Melaka (LPM) sebagai usaha membantu menyediakan kediaman yang lebih selesa, selamat dan berkualiti kepada keluarga yang memerlukan.
Antara penerima iaitu:
1) Irwansyah Bin Ali Wee - Cawangan Kg Gelam
2) Siti Rohaizah Binti Ab Rahman - Cawangan Pekan Bukit Darat
3) Aman Binti Omar - Cawangan Bukit Darat
Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban para penerima. Terima kasih kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan usaha murni ini demi kesejahteraan rakyat.
Ab Rauf Yusoh
#WRURPantaiKundor #PantaiKundorDihati #MelakaSayangRakyat #ZiarahKasih
#PantaiKundorNo1