• Main
  • News

Wrur Dun Pantai Kundor

Wrur Dun Pantai Kundor

WRUR DUN Pantai Kundor

22 Julai 2026 | Rabu

Kerja-kerja mengecat kerb jalan di sekitar Pantai Puteri telah dilaksanakan hasil kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan CMI Infra sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pantai Kundor.

Usaha ini merupakan antara inisiatif menceriakan kawasan awam serta meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, di samping mewujudkan persekitaran yang lebih kemas dan indah untuk dinikmati oleh penduduk serta pengunjung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JKR, CMI Infra serta semua petugas yang bertungkus-lumus menjayakan kerja-kerja ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan memberi manfaat kepada masyarakat dan menjadikan Pantai Puteri terus bersih, ceria dan kondusif.

Ab Rauf Yusoh

#WRURPantaiKundor #PantaiKundorDihati #MelakaSayangRakyat #JKR #CMIInfra #PantaiPuteri


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU