• Main
  • News

Wrur Dun Pantai Kundor

Wrur Dun Pantai Kundor

WRUR DUN Pantai Kundor

22 Julai 2026 | Rabu

Program Kursus Rice Check Tanaman Padi dan Pertanian Bandar yang diadakan di Balai Raya Kampung Gelam telah berlangsung dengan jayanya sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pantai Kundor.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penjagaan tanaman padi, amalan pertanian bandar serta pemberian anak pokok kelapa dan jagung bagi menggalakkan masyarakat bercucuk tanam dan meningkatkan hasil pertanian.

Terima kasih kepada semua agensi, penganjur dan peserta yang hadir menjayakan program ini. Semoga ilmu dan bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya, sekali gus menyemarakkan budaya pertanian dalam komuniti demi menjamin keterjaminan makanan dan kesejahteraan rakyat.

Ab Rauf Yusoh

#WRURPantaiKundor #PantaiKundorDihati #MelakaSayangRakyat #PertanianBandar #KampungKita


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU