• Main
  • News

Wrur Dun Pantai Kundor

Wrur Dun Pantai Kundor

WRUR DUN Pantai Kundor

21 Julai 2026 | Selasa

Program Pembangunan Pemimpin Pelapis DUN Pantai Kundor yang berlangsung di SMK Seri Tanjung telah berjaya dilaksanakan dengan baik.

Terima kasih kepada En. Ridzuan Ripin, Penghulu DUN Pantai Kundor, yang telah mewakili saya menyampaikan ucapan dalam program ini.

Doakan kesihatan saya supaya segera sembuh dan dapat menggalas tanggungjawab seterusnya, dan dapat bersama semula dalam program WRUR yang sedang berlangsung minggu ini.

Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah, para guru, urus setia serta semua pelajar yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga program ini menjadi platform untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berwibawa, berintegriti dan berjiwa masyarakat demi masa depan yang lebih cemerlang.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan mendapat keberkatan dan manfaat buat seluruh warga DUN Pantai Kundor.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati #MelakaSayangRakyat #WRURPantaiKundor


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU