20 Julai 2026 | Isnin
PERASMIAN PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN PANTAI KUNDOR & JELAJAH YAB KETUA MENTERI MELAKA
Syukur ke hadrat Allah SWT, Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pantai Kundor serta Jelajah YAB Ketua Menteri Melaka DUN Pantai Kundor telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana majlis perasmian dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakannya.
Jutaan terima kasih juga kepada semua peserta konvoi, para penduduk DUN Pantai Kundor dan setiap individu yang hadir serta bersama-sama menjayakan program ini. Kehadiran dan sokongan anda semua menjadi pemangkin kepada kejayaan WRUR DUN Pantai Kundor.
Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan DUN Pantai Kundor.
#MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat
#PantaiKundorDihati
#pantaikundorno1
Ab Rauf Yusoh