• Main
  • News

11 Julai 2026 | Sabtu

11 Julai 2026 | Sabtu

11 Julai 2026 | Sabtu

Lawatan SUK Negeri Melaka YB Datuk Wira Azhar Bin Haji Arshad ke PPS DUN Pantai Kundor

Alhamdulillah, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka YB Datuk Wira Azhar Bin Haji Arshad telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) DUN Pantai Kundor bagi meninjau keadaan semasa mangsa-mangsa banjir serta memastikan segala keperluan dan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

Saya mengiringi lawatan SUK Negeri Melaka sepanjang sesi tinjauan ke PPS. Lawatan ini memberi ruang untuk meneliti sendiri situasi di lapangan, mendapatkan perkembangan terkini serta menyelaras tindakan yang diperlukan demi memastikan kebajikan mangsa terus diberi perhatian.

Semoga semua mangsa banjir terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Terima kasih kepada semua agensi, petugas keselamatan, sukarelawan dan pihak yang bertungkus-lumus menghulurkan bantuan tanpa mengira masa demi kesejahteraan rakyat.

#MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat
#PantaiKundorDihati
#pantaikundorno1
Ab Rauf Yusoh
FANS YB Tuminah -kak ina-


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU