11 Julai 2026 | Sabtu
Terima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertindak pantas menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan DUN Pantai Kundor.
Sebaik menerima laporan kejadian banjir, saya telah menyelaras pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi memastikan penduduk yang terjejas mendapat perlindungan dan bantuan dengan segera.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan semua mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian ini. Terima kasih juga kepada semua agensi dan petugas yang bertungkus-lumus membantu di lapangan.
Ab Rauf Yusoh