11 Julai 2026 | Sabtu
Walaupun cuaca pagi ini diselubungi hujan, saya tetap berkesempatan hadir memenuhi jemputan untuk merasmikan Kejohanan Olahraga dan Balapan SK Lereh 2026.
Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah, khususnya Puan Guru Besar, barisan guru serta jawatankuasa penganjur yang berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan begitu baik.
Semoga kejohanan ini menjadi medan untuk murid-murid mempamerkan bakat, menyemai semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi pengalaman dan semangat juang itulah yang paling berharga.
Terima kasih atas jemputan. Semoga semua acara berjalan lancar dan dipermudahkan urusan walaupun dalam cuaca yang kurang mengizinkan.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati #SKLereh #KejohananOlahraga2026 #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia