• Main
  • News

10 Julai 2026 | Jumaat



10 Julai 2026 | Jumaat

Pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pantai Kundor bersama wakil-wakil agensi dan jabatan bagi memastikan setiap perancangan program dapat dilaksanakan dengan tersusun dan berkesan.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Guru Besar dan wakil sekolah-sekolah dalam DUN Pantai Kundor, wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai agensi berkaitan. Kerjasama dan komitmen semua pihak amat penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program demi manfaat seluruh warga Pantai Kundor.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan pandangan serta komitmen yang terbaik. Semoga segala urusan dipermudahkan dan Program WRUR DUN Pantai Kundor dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi impak positif kepada masyarakat.

#PantaiKundorDihati
#WakilRakyatUntukRakyat
#MelakaSayangRakyat
#MelakaMajuJaya


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU